PERTANYAAN

 
1)Adakah dibolehkan utk seorang pelajar menghantar  2  permohonan berbeza tetapi daripada jenis Sekolah yang sama iaitu untuk SBP (aliran Sains) dan SBP (aliran Agama)?
  -Permohonan ke Jenis Sekolah yang sama hanya boleh dibuat sekali sahaja. Ini bermakna hanya satu SBP sahaja (samada aliran Sains atau Agama) yang boleh dipohon.
 
2)Bolehkan permohonan untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Kawalan lain dibuat selepas permohonan ke SBP dibuat?
  -Boleh, permohonan boleh dibuat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Kawalan lain walaupun telah membuat permohonan ke SBP dengan klik pada permohonan baru
 
3)Selepas cetakan dan serahan dibuat, apa langkah seterusnya yang perlu dibuat oleh Ibubapa?
  -Ibubapa perlu menandatangani borang yang dicetak dan hantar ke Sekolah Asal Murid bagi tujuan Pengesahan Guru Besar/Pengetua.
 
4)Saya tidak boleh login ke dalam Aplikasi Permohonan dengan ralat “Haraf Maaf.Kombinasi angka giliran dan no. kad pengenalan yang dimasukkan tidak tepat. Sila Masukkan Semula Angka Giliran dan No. Kad Pengenalan” . Apa perlu saya lakukan?
  -Permohonan  Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan berkaitrapat dengan pengemakinian data Murid di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).  Pemohon boleh merujuk dengan guru kelas bagi memastikan maklumat angka giliran dan no. kad pengenalan ibubapa telah dikemaskini.
 
5)Anak saya seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum dan telah mewakili sekolah dalam pelbagai acara. Bagaimana saya ingin mengisi kesemua aktiviti yang telah diwakili?
  -Bagi pengisian maklumat kokurikulum, pemohon perlu memilih satu tahap pencapaian paling tinggi atau jawatan paling tinggi yang disandang
 
6)Saya telah klik pada butang cetakan dan serah permohonan tetapi borang permohonan tidak dipaparkan. Apa perlu saya lakukan?
 

Perkara ini berlaku kerana PC anda telah disetkan dengan ‘pop-up blocker’. Untuk mengaktifkan kembali klik pada “Tools – Pop-up Blocker – Turn off Pop-up Blocker.”(seperti gambar di bawah)

 
7)Sekiranya ada murid yang membuat 2 permohonan dalam masa yang sama iaitu mohon ke SBP dan dalam masa yang sama ingin memohon juga ke Sek. Menengah Agama, adakah boleh berbuat demikian dan adakah kemungkinan permohonan yang pertama akan terbatal.?
  Pemohon boleh membuat permohonan tersebut dan permohonan pertama tidak terbatal.
 
8)Saya telah mencetak borang permohonan. Bagaimana saya ingin memastikan permohonan saya telah diterima?
  Setiap kali permohonan yang berjaya dihantar, permohonan tersebut dimaklumkan (alert) kepada sekolah, PPD, JPN dan Kementerian. Pemohon boleh berhubung dengan sekolah bagi memastikan perkara tersebut.
 
9)Apa bezanya antara Kelas Rancangan Khas dan Sekolah Kawalan dalam Aplikasi Permohonan Ting. Satu?
 

Sekolah Kawalan

-Sekolah yang dikawal kemasukan murid oleh JPN sepenuhnya dan tidak dibuka kepada feeder school sekolah berhampiran. Konsep macam SBP tetapi dikawal oleh JPN.

 

Kelas Rancangan Khas (KRK)

-Kelas yang menempatkan murid-murid cemerlang dalam peperiksaan awam dimana murid yang tidak berjaya untuk ke SBP dan Sekolah Kawalan. KRK terdapat di sekolah menengah harian biasa yang juga mengandungi murid yang masuk dari feeder school sekolah rendah yang ditetapkan oleh PPD.